Monday, 27 July 2009

Program Global-E

Projek usahasama Dewan Muda KLMCC (Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur) untuk mewujudkan satu saluran “Menampilkan Usahawan Melayu Ke Pentas Dunia atau Towards Presenting Malay Entrepreneur In The Eyes Of The World” melalui kaedah yang unik, realistik dan berkesan.

Usahawan yang menyertai Program Global-E akan melalui pelbagai modul bertujuan untuk menjadikan mereka lebih baik dan menyerlah dari sebelum menyertai program ini.

Modul-modul tersebut akan:-
· Mengasuh (NURTURE)
· Membimbing (GUIDE & COACH)
· Melatih (TRAIN)
· Membangun (DEVELOP)
· Mendedahkan (EXPOSE)
· Mengalami (EXPERIENCE)
· Menjaringkan (NETWORKING)
· Menyatukan (UNITE)
· Menyokong (SUPPORT)
· Menyedarkan (REALIZING)
peserta-peserta program sehingga tahap boleh ditampilkan ke mata dunia sebagai wakil atau deligasi perdangangan yang berwibawa dan berkesan kepada pembangunan ekonomi negara khasnya.


FAEDAH
· Peluang membina jaringan kerjasama bernilai jutaan ringgit.
· Peluang berinteraksi dengan ramai usahawan pelbagai bidang, tahap pengalaman dan kepakaran. Ini menjimatkan masa, tenaga dan keberkesanan tindakan berbanding pembelajaran secara formal di IPT.
· Peluang dicalonkan untuk mengiringi deligasi Misi Perdagangan Malaysia berasaskan sistem pemilihan piawai Program Global-E.
· Mendapat sokongan KLMCC di dalam pelbagai bentuk yang mungkin untuk projek-projek perdangangan yang dijalankan melalui platform Global-E.


JANGKAMASA
· Preview Global-E (3 jam).
· Program berkala Global-E Bulanan dari 3 jam satu sesi. Makluman akan di buat kepada ahli-ahli.


Terma dan Syarat
· Mengikuti Preview Program Global-E.
· Usahawan yang berdaftar dengan ROB dan/ atau ROC.
· Mendaftar di dalam program Global-E dengan persetujuan komited dengan program ini selama 12 bulan berturut-turut dengan mematuhi peraturan yang termaktub di dalamnya.


sebarang pertanyaan lanjut hubungi kami :

global-e@strategicallegiance.com

Wednesday, 22 July 2009

Profil Ringkas SASB

Matlamat utama SASB adalah bertindak sebagai penyedia program dan kemudahan latihan pembangunan manusia berasaskan pembangunan potensi insan.

Peneraju utama SASB berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang perunding latihan pembangunan manusia yang sentiasa terancang dan terarah mengikut versatailiti sesebuah kumpulan.

Segala modul latihan pembangunan yang dijalankan mengikut matlamat yang digariskan iaitu diatur khasnya mengikut kehendak pelanggan untuk menangani kumpulan sasaran.

Kandungan modul program yang disampaikan sentiasa mengikut peredaran semasa serta kajian R&D yang dijalankan. Hasilnya, ianya UNIK, TERANCANG & TERARAH mencapai objektif yang ditetapkan serta mendapat kepuasan kesemua pihak. Sama ada pihak penganjur mahupun yang mengambil bahagian.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah untuk semua peringkat umur. Khasnya terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:
* Kategori Sekolah Rendah
* Kategori Sekolah Menengah
* IPTA/IPTS
* Jabatan-jabatan Kerajaan
* Syarikat-syarikat Koporat
* serta kelab/persatuan dll...

Saturday, 4 July 2009

Contact Us

Any enquiry contact us at :
or
Fax : 07-861 7786
or
Phone : 017-779 8950

Alamat surat-menyurat

Johor
P.O.Box 28,
81800 Ulu Tiram,
Johor Bahru.

Friday, 3 July 2009

Pejabat Urusan

49A Tingkat 1,
Jalan Manggis,
Taman Tiram Baru,
81800 Ulu Tiram,
Johor Bahru, Johor