Wednesday, 22 July 2009

Profil Ringkas SASB

Matlamat utama SASB adalah bertindak sebagai penyedia program dan kemudahan latihan pembangunan manusia berasaskan pembangunan potensi insan.

Peneraju utama SASB berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang perunding latihan pembangunan manusia yang sentiasa terancang dan terarah mengikut versatailiti sesebuah kumpulan.

Segala modul latihan pembangunan yang dijalankan mengikut matlamat yang digariskan iaitu diatur khasnya mengikut kehendak pelanggan untuk menangani kumpulan sasaran.

Kandungan modul program yang disampaikan sentiasa mengikut peredaran semasa serta kajian R&D yang dijalankan. Hasilnya, ianya UNIK, TERANCANG & TERARAH mencapai objektif yang ditetapkan serta mendapat kepuasan kesemua pihak. Sama ada pihak penganjur mahupun yang mengambil bahagian.

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah untuk semua peringkat umur. Khasnya terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:
* Kategori Sekolah Rendah
* Kategori Sekolah Menengah
* IPTA/IPTS
* Jabatan-jabatan Kerajaan
* Syarikat-syarikat Koporat
* serta kelab/persatuan dll...

No comments:

Post a Comment