PROFIL RINGKAS SYARIKAT
Strategic Allegiance Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang telah diperbadankan pada 16 Januari 2006 dan berdaftar sebagai kontraktor perkhidmatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Bertaraf Bumiputera dengan modal yang dibenarkan sebanyak RM0.5 juta.
Pada dasarnya SASB mempunyai bidang kepakaran di dalam bidang latihan membangunkan potensi insan. Ini melibat pelbagai jenis program yang biasanya direka khas oleh konsultan kami yang berpengalaman di dalam bidang yang berkenaan. Selain dari bidang tersebut juga terdapat juga bidang pembangunan sumber manusia yang banyak berupa bidang soft skills yang banyak berkait dengan mempertingkat dan memantapkan prestasi kerja seseorang staf atau pegawai di dalam organisasi awam, korporat mahu pun swasta.
VISI SYARIKAT
Peneraju bidang latihan pembangunan ;potensi insan yang utama di negara dan pasaran global.
MATLAMAT SYARIKAT
µ Menyalurkan program latihan pembangunan potensi insan yang bersesuaian, diperlukan dan realistik bagi kumpulan sasarannya.
µ Menyediakan kurikulum latihan melalui kaedah pendidikan yang unik, terancang dan terarah menjurus kepada melahirkan individu yang berkesedaran dan mempunyai iltizam yang tinggi & berterusan untuk menjadi warganegara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
FALSAFAH SYARIKAT KAMI
Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan Tuhan; unik dan dinamik dalam segala aspek dan mampu mencapai segala cita-citanya berdasarkan fitrah kemanusiaannya; sekiranya dia diberikan peluang untuk dididik secara terancang, terarah dan berterusan bertujuan untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang; dan juga mendidik hati mereka agar sentiasa memelihara keimanan, akal, nyawa, harta dan maruahnya demi kegemilangan umat manusia segajat
No comments:
Post a Comment